SURAH YASSIN (KUFI)



SURAH YAASIIN
Surah 36 : 83 Ayat 

1
 1. Yaa siin. 2. Demi Al Quran yang penuh hikmah. 3. Sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus 4. yang tetap di atas jalan yang lurus. 5. (sebagai wahyu) yang di turunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang 6. agar kamu memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk nenek mereka telah lama tidak diberikan peringatan, kerana itu mereka lalai. 7. Demi sesungguhnya telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman 8. Sesungguhnya kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu lalu menjadikan mereka terdongak. 9. Dan kami adakan dihadapan mereka dinding (pula) dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar) 10. Dan sama saja bagi mereka, samaada Engkau memberi peringatan atau Engkau tidak beri peringatan kepadanya, mereka tidak akan beriman. 11. Sesungguhnya peringatan dan amaran hanyalah yang Engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajatan Al-Quran serta ia takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah walaupun ia tidak melihatnya. Maka berilah mereka khabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia. 12. Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang telah mereka kerjakan dan kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan,

2
Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata. 13. Dan ceritakanlah kepada mereka satu keadaan yang ajaib, mengenai kisah penduduk suatu negeri ketika didatangi Rasul-rasul (kami) 14. Ketika kami mengutuskan kepada mereka dua orang rasul, lalu mereka mendustakan keduanya, kemudian Kami kuatkan dengan (utusan) yang ketiga, maka ketiga rasul itu berkata " Sesungguhnya kami adalah diutuskan kepada kamu." 15. Mereka menjawab : " Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami juga dan tuhan yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatu pun (tentang ugama yang kamu dakwakan), kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka". 16. Rasul-rasul berkata : " Tuhan kami mengetahui bahawa sesungguhnya kami adalah rasul-rasul yang diutus untuk kamu". 17. Dan kewajipan kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan jelas nyata. 18. Mereka menjawab: " Sesungguhnya kami bernasib malang kerana kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), nescaya kami akan merejam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami. 19. Rasul-rasul itu menjawab: " Nahas dan malang kamu itu adalah kerana (kekufuran) kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu bernasib malang)? Sesungguhnya kamu adalah kaum yang melampaui batas". 20. Dan datanglah dari hujung bandar seorang lelaki dengan bergegas-gegas dengan berkata, " Wahai kaumku, turutlah rasul-rasul itu.

3
21. Ikutilah orang yang tiada minta balasan kepada kamu dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.22. Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakan ku dan yang hanya kepadaNya lah kamu (semua) akan dikembalikan? 23. "Patutkah aku menyembah tuhan-tuhan selain dari Nya? Jika (Allah) Yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu kemudaratan, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan tidak dapat pula mereka menyelamatkanku" 24. Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku berada dalam kesesatan yang nyata. 25. "Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhanmu, maka dengarkanlah (pengakuan keimanan) ku. 26. (Setelah ia mati) lalu diikatakan kepadanya: "Masuklah ke syurga". Ia berkata " Alangkah baiknya sekiranya kaumku mengetahui.27. Tentang perkara yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang dimuliakan". 28. Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah dia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya. 29. (Kebinasaan mereka) hanya dilakukan dengan satu teriakan suara saja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati. 30. Alangkah besarnya penyesalan hamba-hamba itu, tiada datang seorang rasul pun kepada mereka melainkan 

4
mereka selalu memperolok-olokkannya. 31. Tidakkah mereka mengetahui berapa banyaknya umat-umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, bahawasanya orang-orang (yang telah Kami binasakan) itu tidak kembali kepada mereka ( bahkan kembali kepada kami untuk menerima balasan). 32. Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan kepada Kami (untuk menerima balasan). 33. Dan suatu tanda (kekuasaan Allah yang besar) bagi mereka adalah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu dan Kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripadanya mereka makan. 34. Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. 35. supaya mereka dapat makan dari buahnya dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?. 36. Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samaada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka sendiri maupun dari apa yang tidak mereka ketahui. 37. Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam. Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta merta mereka berada dalam gelap gelita. 38. dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa 

5
lagi Maha Mengetahui. 39. Dan bulan pula Kami tetapkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga diakhir peredarannya kelihatan kembalinya pula keperingkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.40. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarannya. 41. Dan suatu tanda (kebesaran Allah yang besar) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam bantera yang penuh muatan. 42. dan Kami ciptakan untuk mereka jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya. 43. Dan jika Kami menghendaki nescaya Kami tenggelamkan mereka, maka tiadalah bagi mereka penolong dan tidak pula mereka diselamatkan. 44. Tetapi (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai kepada suatu ketika. 45. Dan apabila dikatakan kepada mereka: " Takutlah kamu akan seksa yang dihadapanmu dan seksa yang akan datang supaya kamu mendapat rahmat". ( mereka tidak mengendahkannya). 46.  Dan (itulah tabiat mereka) tidak ada sesuatu keterangan yang sampai kepada mereka dari keterangan-keterangan Tuhan mereka, melainkan mereka selalu berpaling daripadanya. 47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, " Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu",

6
maka orang-orang yang kafir itu berkata kepada orang-orang yang beriman: " Apakah kami akan memberi makan kepada orang-orang jika Allah menghendaki tentulah Dia akan memberinya makan, tiadalah kamu melainkan dalam kesesatan yang nyata". 48. Dan mereka berkata: Bilakah (terjadinya) janji ini (hari berbangkit) jika kamu adalah orang-orang yang benar (maka kami sedia menunggu)". 49. Mereka tidak menunggu melainkan satu pekikan saja yang (dengan secara mengejut) akan membinasakan mereka ketika mereka sedang dalam keadaan leka bertengkar (merundingkan urusan dunia masing-masing) 50. Lalu mereka tidak kuasa membuat suatu wasiat pun dan tidak (pula) dapat kembali kepada keluarganya. 51. Dan di tiupkan sangkakala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhannya. 52. Mereka berkata, " Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (kubur)?" (Lalu dikatakan kepada mereka) " Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasulNya. 53. Tidak adalah teriakan itu selain sekali terikan saja, maka tiba-tiba mereka semua dihimpunkan ke tempat perbicaraan Kami. 54. Maka pada hari itu tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun,dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah

7

kerjakan. 55. Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan. 56. Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambul duduk berteleku di atas pelamin. 57. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. 58. (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani. 59. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang kafir): " Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat. 60. Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. 61. Dan (Aku perintahkan) hendaklah kamu menyembah Ku. Inilah jalan yang lurus. 62. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar diantaramu, maka apakah kamu tidak memikirkan? 63. "Yang kamu saksikan sekarang ialah neraka Jahanam, yang kamu selalu diancam (dengannya). 64. Masuklah ke dalamnya pada hari ini disebabkan kamu dahulu mengingkarinya. 65. Pada waktu itu Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka









 usahakan.66. Dan jikalau Kami menghendaki pasti Kami hapuskan penglihatan mata mereka lalu mereka berlumba-lumba mencari jalan ( yang biasa mereka lalui). Maka bagaimanakah mereka dapat melihatnya? 67. Dan jikalau Kami menghendaki pastilah Kami merubah rupa (keadaan jasmani mereka) di tempat mereka berada, maka mereka tidak sanggup mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang. 68. Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya, nescaya kami kembalikan dia kepada kejadiannya (kepada keadaan serba lemah) Maka apakah mereka tidak memikirkan? 69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya (Muhammad) dan bersyair itu tidaklah sesuai baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah pelajaran dan kitab yang memberi penerangan. 70. Supaya ia memberi peringatan kepada orang yang hidup (hatinya) dan supaya nyata ketetapan (azab) terhadap orang-orang fukur ingkar. 71. Dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami telah menciptakan binatang ternak untuk mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami , lalu mereka memilikinya? 72. Dan Kami jinakkan dia untuk kegunaan mereka: maka sebahagiannya menjadi tunggangan mereka, dan sebahagian lagi mereka makan. 73. Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman, maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur? 74. Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan) semoga mereka mendapat pertolongan. 75. Benda-benda yang mereka sembah itu tidak dapat samasekali menolong mereka, sedang benda-benda itu sendiri menjadi tentera yang akan dibawa hadir (pada hari kiamat, untuk memberi azab seksa) kepada mereka. 76. Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan. 77. Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi musuh yang nyata. 78. Dan dia membuat perumpamaan bagi Kami, dan dia lupa kepada kejadiannya, dia berkata: "siapakah yang dapat menhidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh?". 79. Katakanlah: "Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang mencipkannya kali yang pertama. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk. 80. Iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) dari kayu itu." 81. Dan tidakkah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. 82. Sesungguhnya keadaan Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!", maka terjadilah ia. 83. Maka Maha Suci (Allah) yang ditangan Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada Nya lah kamu dikembalikan.





















di kemaskini pada 31 Ogos 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan